Khamis, 21 April 2011

Sambutan Hari Koperasi Sekolah

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum yang terpenting disekolah. Sehingga Disember 2010, sebanyak 2115 buah koperasi sekolah telah ditubuhkan dan 1,885 daripadanya telah menjadi ahli ANGKASA. Pada tahun 2010, sambutan HKS mendapat perhatian utama apabila sambutan HKS Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran di SMK Bera Bandar 32, Pahang pada 9 Ogos 2010.

Pada tahun itu juga, sambutan HKS peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan oleh 1,573 koperasi sekolah berbanding hanya 1,430 pada tahun 2009. Hasil daripada laporan bertulis yang diterima daripada koperasi sekolah, sambutan HKS telah mendapat sambutan baik daripada warga sekolah dan masyarakat setempat. Ini bermakna, sambutan HKS telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan disamping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar. Selengkapnya...

Jumaat, 7 Ogos 2009

KELULUSAN HONORARIUM DAN DIVIDEN

Surat SKM : SKM>PK:1/3/20/JLD.30/(5) dan SKM.PK:1/3/19/JLD.T5(01) adalah dirujukDengan ini dimaklumkan kepada semua ahli yang berdaftar dengan Koperasi SMT Lebuh Cator Ipoh Berhad.

Pembayaran Honorarium dan dividen telahpun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak.

Surat bertarikh 29 Julai 2009 adalah dirujuk

Sekian dimaklumkan

tt

setiausaha



.
Selengkapnya...

Rabu, 1 Julai 2009

USUL PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL

Dalam mesyuarat agung Koperasi ke 17 baru-baru ini, mesyuarat telah menerima usul pindaan perlembagaan undang-undang kecil koperasi yang berkaitan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi(JPK) ditukarkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) Selengkapnya...

Rabu, 24 Jun 2009

MESYUARAT AGUNG KOPERASI

Koperasi SMT Lebuh Cator Ipoh Berhad,
Lebuh Cator, Ipoh ,Perak.
..................................................................................................

Kepada Semua anggota
Koperasi SMT Lebuh Cator Ipoh, Berhad

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Koperasi SMT Lebuh Cator Ipoh Berhad akan diadakan mengikut ketentuan berikut:
Tarikh : 26 Jun 2009
Masa : 3 00 petang
Tempat: Dewan Makan Asrama SMTLCI

Agenda Mesuyarat adalah seperti yang dihantarkan kepada tuan/puan.


Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,

t.t
(Setiausaha) Selengkapnya...

Isnin, 11 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

KOPERASI SMTLC MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SMTLC DAN SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA
Selengkapnya...

Jumaat, 10 April 2009

Sabtu, 11 Oktober 2008

MATLAMAT KOPERASI SEKOLAH

Koperasi sekolah merupakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum yang terdapat di sekolah menengah. Penubuhannya perlu dilihat oleh pengetua dalam banyak sudut dan bukan sebagai pusat pembelian peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan koperasi sekolah amat luas dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.



Sebagai salah satu daripada fungsi koperasi berdaftar di Malaysia, matlamat penubuhan koperasi sekolah mampu mewujudkan persekitaran yang sihat terhadap pembangunan koperasi. Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan pengetua yang benar-benar memahami, menghayati dan melaksanakan ideologi koperasi. Kepentingan ini telah disuarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kertas kerjanya ‘Ke Arah Memantapkan Pengurusan Koperasi Sekolah’ semasa Perayaan Hari Koperasi Sekolah (PHKS) tahun 2002. Empat perkara pokok yang perlu ada untuk memastikan pengurusan koperasi berjalan dengan baik dan berkesan untuk warga koperasi sekolah merangkumi:

a. Penghayatan terhadap matlamat penubuhan koperasi sekolah;
b. Memahami dan menghayati jati diri koperasi, tadbir urus koperasi dan perundangan koperasi;
c. Melaksanakan peranan, hak, tanggungjawab dan kewajipan; dan
d. Amalan demokrasi dalam melaksanakan dasar pembangunan koperasi sekolah.

Atas dasar semangat kepunyaan bersama, pengetua perlu memanfaatkan segala ilmu pentadbiran dan pengurusan yang diikuti sebagai landasan awal membentuk, merancang dan melaksanakan pembangunan koperasi sekolah masing-masing.

Prestasi dan pencapaian sesebuah koperasi sekolah masa kini boleh dikatakan tidak menentu yang mempunyai hubung kait dan pihak pentadbiran sekolah yang diketuai oleh pengetua. Umumnya, agak sukar kita menjadikan sesebuah koperasi sekolah untuk dijadikan contoh jika penyelidikan dan kajian tahunan dari segi strategi dan pencapaian tidak dibuat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Malaysia. Untuk ini, pengetua masa kini dan masa hadapan perlu memastikan wujudnya kesinambungan di dalam hal ini.

Peranan Pengetua dalam pembangunan kegiatan koperasi sekolah boleh dilihat dalam dua aspek iaitu:
- Komitmen
- Pengetahuan Koperasi

Komitmen
Keprihatinan pengetua terhadap kegiatan ko-kurikulum sekolah masing-masing hendaklah sama rata dan tidak tertumpu kepada bidang-bidang tertentu. Ianya telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bahawa kegiatan koperasi sekolah mampu membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam
Penerapan Nilai FPN
Jalinan hubungan dengan kurikulum.

Penerapan Nilai FPN

FPN yang dijadikan garis panduan dan teras dalam pembangunan sistem pendidikan di Malaysia merupakan satu entiti yang jelas dalam pembentukan pelajar yang seimbang dan berketerampilan. Nilai yang terkandung dalam FPN dan nilai dalam koperasi (seperti sadik, amanah dan telus), jika dihalusi dan diteliti dengan mengambil kira pelbagai faktor persekitaran sekolah mempunyai perkaitan yang jelas.

Hubung kait kedua-dua nilai mampu memberi ruang kepada pengetua memperkenalkan kepentingan kegiatan dan perkhidmatan koperasi dengan meluas kepada para pelajarnya.

Untuk mencapai matlamat ini, perbincangan antara pengetua dan guru koperasi dalam memperkenalkan kaedah terbaik kepada semua pihak terlibat amat penting. Atas kesedaran ini, pengetua dapat menyumbangkan idea atau pandangan tentang elemen-elemen pentadbiran dan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan efisien untuk memastikan guru koperasi menerapkannya dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan koperasi. Penerapan ini melalui mobilisasi anggotanya ke arah yang lebih cemerlang dari segi perubahan etika.


Jalinan Hubungan Dengan Kurikulum

Berdasarkan mata pelajaran di sekolah menengah, Pengetua sekolah boleh membahagikannya kepada dua bahagian iaitu teras dan alternatif dalam mengaitkannya dengan kegiatan dan perkhidmatan koperasi. Dalam bahagian teras, ianya merangkumi mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Matematik, Prinsip Akaun dan Perdagangan, manakala bahagian alternatif merangkumi mata pelajaran sejarah, geografi dan lain-lain mata pelajaran.

Pembahagian ini berkaitan dengan jenis kegiatan yang menjadi tumpuan koperasi sekolah seperti penjualan peralatan sekolah, kantin, dobi, pelancongan yang memerlu-kan latihan dan kemahiran dalam catatan, pengiraan dan pentafsiran dokumen-dokumen utama koperasi. Galakan berterusan dari pihak Pengetua akan menaruh keyakinan kepada guru koperasi untuk memberi kepercayaan kepada pelajar-pelajarnya melibatkan diri secara langsung dan memberi bahan-bahan tersebut kepada guru akademik bagi dijadikan contoh pembelajaran dalam kelas.

Melalui proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, akan mempermudahkan pengetua dan guru akademik untuk melihatkan kecemerlangan pelajarnya dalam menguasai sesuatu tajuk dari semasa ke semasa.

Kesinambungan daripada ini, sesebuah sekolah mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua bidang dan berupaya melahirkan pelajar yang berilmu, berwawasan dan berdaya maju.


Pengetahuan Koperasi

Pengetua masa kini amat bertuah di dalam mendalami pergerakan koperasi sekolah kerana Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Kementerian Pelajaran mempunyai hubungan erat di dalam pelbagai program pendidikan koperasi seperti kursus wajib, seminar, bengkel dan forum.

Sebagai langkah awal, Pengetua perlu mengikuti kursus wajib Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dianjurkan oleh MKM dan ANGKASA. Kursus ini memberi peluang kepada pengetua untuk memahami jati diri koperasi, tadbir urus koperasi, hak dan tanggungjawab ALK, perundangan koperasi dan kewangan koperasi dengan lebih baik berbanding dengan sebelum ini. Semasa mengikuti kursus ini, pengetua tidak perlu berasa malu untuk mengemukakan persoalan-persoalan yang berhubungkait dengan mentadbir dan mengurus koperasi sekolah serta permasalahan yang sering dihadapi di dalam merancang dan melaksanakan gerak kerja koperasi.
Yang penting, kursus wajib ini membuka lembaran baru kepada pengetua untuk mencorak hala tuju koperasi sekolah masing-masing ke arah yang lebih baik dan berkesan. Pemahaman pengetua dalam persoalan ini memudahkan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada guru-guru untuk membuat perancangan tahunannya bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berwawasan sepertimana yang terkandung di dalam matlamat penubuhan koperasi.

Pada masa yang sama, Pengetua sekolah mendapat majalah koperasi iaitu PELANCAR yang diberikan secara percuma sebanyak lima naskhah setiap bulan. Berdasarkan kepada maklumat tentang kegiatan dan perkhidmatan yang dibangunkan oleh koperasi sekolah yang telah ditemu bual maka memudahkan pengetua dan guru yang terlibat membuat kajian, penyelidikan dan perbandingan untuk pembangunan koperasi sekolah masing-masing.
Seiringan dengan itu, Pengetua boleh mendapatkan buku bergambar tentang kegiatan koperasi sekolah yang bertajuk Portraits Of School Cooperatives, buku Pelancongan Koperasi Sekolah dan sebagainya daripada pihak ANGKASA untuk mening-katkan lagi pengetahuan tentang hala tuju gerakan koperasi di Malaysia.
Perkembangan teknologi maklumat masa kini membantu pengetua memantapkan diri tentang ilmu koperasi berbanding sebelum ini. Atas galakan Kementerian Pelajaran banyak sekolah telah membangunkan ruangan WEB sendiri dan ianya mempermudahkan hubungan langsung antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Begitu juga dengan kemudahan melayari laman WEB yang dibangunkan oleh agensi dan badan yang terlibat secara langsung dengan gerakan koperasi sekolah.

Perkongsian maklumat antara koperasi sekolah, antara koperasi sekolah dengan agensi seperti JPK Daerah, MKM dan ANGKASA membantu pengetua masa kini mengetengah idea-idea baru yang lebih sempurna seiring dengan FPN dan matlamat penubuhan koperasi sekolah.

Kesimpulan

Adalah sesuatu yang merugikan jika pengetua masa kini tidak mengambil berat atau mengambil tahu tentang sumbangan dan faedah gerakan koperasi sekolah untuk para pelajar yang terdiri daripada pelbagai gender dan sosiobudaya.
Pengamalan tadbir urus koperasi yang baik di dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi sekolah adalah tunjang kepada pembangunan kecemerlangan aktiviti dan perkhidmatan koperasi sekolah. Atas kesedaran dan keyakinan pengetua sekolah, ianya dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan dipertahankan daripada mana-mana pengaruh yang boleh menjejaskan matlamat dan hala tuju koperasi sekolah.

Selengkapnya...

AHLI LEMBAGA KOPERASI (GURU)

LEMBAGA PENGARAH

LEMBAGA PENGARAH
ini 2007 punya ler... 2008 coming soon

LEMBAGA PENGARAH

LEMBAGA PENGARAH
ALK TAHUN 2008

LEMBAGA PENGARAH

LEMBAGA PENGARAH
ALK TAHUN 2008

AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SMTLC IPOH BERHAD 2011

PENGERUSI : TUAN HAJI MOKHTAR BIN ZAKARIA
NAIB PENGERUSI : EN AHMAD DARIMI BIN HUSSAIN
SETIAUSAHA : EN ROSIDI FAHLID MOHD ISA
BENDAHARI : EN BUKHARI BIN TAIB

PENGURUS JUALAN : EN NORANUAR BIN ARIFFIN

ALP GURU
CIK IZURINA BINTI MOHD SHARIFF
NELSON TALEP
MAWADDAH MUSTAFA

ALP PELAJAR
7 ORANG PELAJAR TINGKATAN 5

AJK AUDIT DALAMAN
CIK NORITA BT OTHMAN (GURU)
2 ORANG PELAJAR

JURUAUDIT LUAR

hISHAM & cO
No 49, Tingkat 2,
Jln Todak 4, Pusat Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

BANK

CIMB BANK
Lot 73207 Jln Canning Estate,
Taman Ipoh, Perak

TAHUN KEWANGAN

1 JANUARI HINGGA 31 DISEMBER

AKAN DATANG

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SESSI 2008 AKAN DIJALANKAN DALAM WAKTU TERDEKAT INI.